LIVERPOOL melengkapkan proses menandatangani Darwin Nunez daripada Benfica, dimana penyerang itu bersetuju untuk mengikat kontrak jangka panjang di Anfield.
Pemain kebangsaan Uruguay itu menyertai The Reds dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai £64 juta (RM339.66 juta) di samping bayaran tambahan yang boleh mencecah £21.4 juta (RM113.57 juta).
Bercakap dalam laman sosial kelab itu sebaik perpindahannya dilengkapkan secara rasmi, Nunez berkata: "Saya amat gembira dan berbesar hati untuk berada di sini bersama Liverpool. Ia sebuah kelab yang amat besar.
"Saya pernah bermain menentang Liverpool dan saya banyak menyaksikan perlawanan mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan ia amat sesuai dengan cara permainan saya.
"Terdapat ramai pemain hebat di sini dan saya fikir ia akan sesuai dengan cara permainan saya di sini," katanya.
Nunez menyertai Benfica daripada pasukan divisyen dua Liga Sepanyol, Almeria, pada 2020 sebelum menjaringkan 45 gol daripada 85 perlawanan, di mana 61 daripadanya sebagai kesebelasan utama buat kelab Primeira Liga itu.
Pemain berusia 22 tahun itu turut memperoleh kempen prolifik sepanjang musim 2021-22, di mana dia menjaringkan 34 gol daripada 41 perlawanan.
Liverpool, dalam pada itu, mengesahkan bahawa Nunez akan menyarung jersi nombor 27 di Anfield.
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Wed Jun 15 2022
Pemain kebangsaan Uruguay itu menyertai The Reds dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai £64 juta (RM339.66 juta). - Stadium Astro
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Darwin Nunez muncul wira Liverpool di City Ground
Penyerang Uruguay itu menanduk masuk bola pada minit kesembilan masa tambahan untuk memastikan Liverpool mendahului puncak liga.
Darwin Nunez janji tidak ulangi sikap baran
Pemain berusia 23 tahun itu akan terlepas pertembungan getir Liverpool dengan Manchester United di Old Trafford Selasa depan.
Nunez, Salah selamatkan maruah Liverpool di Craven Cottage
Nunez hadir sebagai pemain gantian menyamakan kedudukan di Craven Cottage.
Liverpool sudah sedia sahut cabaran musim baru, kata Klopp
Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti sebelum Darwin Nunez menandakan penampilan sulungnya dengan jaringan.
Liverpool lengkapkan perpindahan Darwin Nunez daripada Benfica
Penyerang itu bersetuju untuk mengikat kontrak jangka panjang di Anfield.
Nunez kian hampiri Liverpool
Penyerang itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dengan The Reds dengan syarat peribadi untuk kontrak enam tahun di Anfield.